Pendahuluan
Bidang sejarah merupakan satu bidang
yang penting kerana kita dapat mengetahui dan memahami peristiwa sejarah yang
pernah berlaku pada masa lampau. Oleh itu, ahli-ahli sejarah perlulah
menjalankan kajian dan tafsiran untuk mendapatkan fakta yang benar dan kukuh.
Pada hakikatnya, sejarah dicipta oleh manusia dan sejarah telah dijadikan
sebagai panduan dan teladan dalam kehidupan mannusia. Walau bagaimanapun,
penyelidikan harus dilaksanakan oleh ahli sejarah berdasarkan bukti yang kukuh
dan tepat supaya dapat mencatatkan peristiwa dan kejadian sejarah yang
benar-benar berlaku pada zaman silam. Persoalannya, apakah pengertian dan
konsep sumber, sumber sejarah dan ciri-ciri sumber sejarah?
Pengertian
Sumber
Sumber
memainkan peranan yang signifikan dalam bidang sejarah. Sumber berperanan untuk
menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta. Sebenarnya, sumber sejarah
mempunyai maksud yang sangat luas dan harus diselidik dengan jelas dan tepat.
Hal ini adalah kerana sumber sejarah tidak boleh direka oleh sendiri dengan
sesuka hati, malah ahli-ahli sejarah mestilah mempunyai bukti yang kukuh dan
benar supaya dapat menghasilkan fakta yang tepat.
Sumber
mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen ataupun maklumat yang bersifat
asli tentang sesuatu fakta, kejadian ataupun hal-hal tertentu yang berkaitan
dengan sesuatu peristiwa sejarah. Terdapat ahli-ahli sejarah yang memberikan
maksud yang berbeza tentang sumber sejarah.
Mengikut
Profesor Carr, sumber sejarah boleh terdiri daripada sekumpulan fakta yang
telah diteliti dan dipastikan. Beliau telah menyatakan bahawa sumber sejarah adalah mengandungi fakta yang telah
dikenalpasti dan ditafsirkan. Menurut Profesor Collingwood pula menyatakan
sumber sejarah adalah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa
sejarah. Oleh itu, sumber sejarah harus ditafsir mengikut kehendak ahli-ahi sejarah bagi
menghasilkan penulisan sejarah yang tepat. Lous Gottschalk pula menyatakan
sumber sejarah adalah sebagai bahan bukti dalam bentuk tulisan, catatan dan
saksi utama kepada peristiwa sejarah yang berlaku. Beliau menerangkan sumber sejarah merupakan bahan bukti dalam bentuk tulisan,
catatan dan saksi utama terhadap perkara sejarah yang berlaku. Bagi Neibuhr
pula sumber sejarah adalah merupakan perkara atau peristiwa yang telah berlaku
pada masa lampau. Beliau telah menjelaskan bahawa sumber sejarah adalah peristiwa sejarah yang
telah berlaku pada zaman dahulu lagi.
Secara
ringkasnya, sumber sejarah ialah kumpulan bahan-bahan sejarah yang hasil
daripada kejadian ataupun peristiwa lampau. Sumber sejarah tersebut merupakan
bahan-bahan yang tersimpan di arkib negara, arkib cawangan negeri, muzium,
perpustakaan ataupun koleksi orang perseorangan. Di samping itu, sumber
dianggap sebagai satu dokumen bukan sahaja bahan-bahan bertulis bahkan juga
kesan peninggalan lama seperti gambar, batu ataupun senjata.
Ahli-ahli
sejarah akan bergantung kepada sumber sejarah yang berbentuk arkeologi,
numismatik dan epoigrafi bagi mereka yang mengkaji peristiwa sejarah pada masa
lampau. Kesemua bahan tersebut dijumpai di tapak-tapak arkeologi. Bukan itu
sahaja, ahli-ahli sejarah juga bergantung kepada tinggalan manusia dan aktiviti
pengeluaran manusia. Sumber tersebut telah memberi pengetahuan tentang tamadun
manusia. Masyarakat awal yang mewarisi alatan dan teknologi telah diwujudkan
oleh ahli-ahli sejarah apabila penemuan tinggalan pada zaman prasejarah seperti
Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.